Skip to main content

Berdasarkan laporan oleh Bloomberg, permainan dunia terbuka berdasarkan siri Harry Potter akan dikeluarkan pada akhir tahun 2021 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X. Laporan tersebut juga mengesahkan yang ia akan dibangunkan oleh Avalanche Software.

Pada tahun 2018 lepas, satu video yang memperlihatkan bentuk permainan telah tertiris dan ia telah disahkan sebagai video awal untuk permainan tersebut. Kemungkinan video yang digunakan untuk memperlihatkan permainan ini kepada penerbit Warner Bros.

Warner Bros juga sepatutnya mengumumkan permainan tersebut semasa E3 tahun ini, akan tetapi akibat acara tersebut dibatalkan, perancangan pemasaran diubah.

Mereka dikatakan akan melakukan pengumuman permainan Batman baharu pada bulan Ogos, dan permainan Harry Potter kemudian tetapi sekitar tahun ini.

Leave a Reply