Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Bakal Mengumumkan Pertempuran Royale Sendiri – Hyper Scape

Ubisoft Bakal Mengumumkan Pertempuran Royale Sendiri – Hyper Scape

Diterbitkan pada June 30, 2020 oleh .

Walaupun bukan secara jelas, Ubisoft boleh dikatakan telah mengesahkan yang mereka bakal melancarkan permainan pertempuran royale sendiri iaitu Hyper Scape.

Buat masa ini, akaun Twitter Hyper Scape mempunyai pautan ke satu laman iaitu prismadimensions.com di mana ia kelihatan seperti satu laman untuk syarikat korporat. Berdasarkan yang dinyatakan di laman tersebut maklumat lanjut untuk permainan tersebut akan diumumkan pada 2 Julai 2020.

Menurut beberapa laporan, permainan ini akan dilancarkan pada 12 Julai, dan ia akan mempunyai integrasi dengan Twitch di mana, Twitch chat boleh memberi kesan kepada permainan.

Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan pengumuman pada 2 Julai ini.


TIPS & ULASAN