Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton 20 Minit Video Demo Baharu Cyberpunk 2077
PC

Jom Tonton 20 Minit Video Demo Baharu Cyberpunk 2077

Diterbitkan pada June 29, 2020 oleh .

Ketika Night City Wire pada minggu lepas, CD Projekt Red telah berkongsi video acah baharu yang memperlihatkan permulaan permainan, selain itu mereka juga memperlihatkan mod Braindance. Mereka juga mengumumkan siri anime berdasarkan permainan ini.

Minggu ini, beberapa media telah mula berkongsi video demo baharu untuk Cyberpunk 2077 di mana ia memperlihatkan bahagian yang disertakan di dalam video acah.

Anda boleh tonton video yang panjangnya lebih kurang 20 minit di bawah.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dinaik taraf secara percuma kepada PlayStation 5 dan Xbox Series X.


TIPS & ULASAN