Informasi Permainan Video Terkini
Siri TV The Boys Musim Kedua Akan Disiarkan Di Prime Video Pada 4 September

Siri TV The Boys Musim Kedua Akan Disiarkan Di Prime Video Pada 4 September

Diterbitkan pada June 29, 2020 oleh .

Siri TV The Boys adalah siri adiwira ganas, gerus, geli dan dahsyat yang disiarkan di Amazon Prime Video. Musim pertama sudah pun tamat pada tahun lepas dan ramai nantikan musim kedua pula. Kita sudah tahu yang musim kedua akan disiarkan pada tahun ini, judulnya juga telah didedahkan dan siri TV ini akan berterusan sehingga musim ketiga.

Laporan terkini mendedahkan yang The Boys musim kedua akan disiarkan di Prime Video pada 4 September tahun ini. Sedikit mengecewakan, Prime Video dilihat tidak akan membenarkan penonton maratonton keseluruhan musim ketika ia mula disiarkan. Sebaliknya, hari pertama disiarkan hanya tiga episod sahaja akan diterbitkan dan kemudian selama enam minggu secara jumlah – setiap minggu akan keluar satu episod.

Dalam musim kedua, The Boys sedang melarikan diri dari pihak berkuasa dan juga diburu oleh Supes. Mereka cuba untuk berkumpul semula bagi menentang Vought. Hughie, Mother’s Milk, Frenchie, dan Kimiko berusaha menyembunyikan diri. Manakala Butcher tidak dapat ditemui. Starlight pula masih cuba membiasakan diri dalam pasukan The Seven kerana Homelander sedang mengambil alih kuasa.

Bagi yang berminat, Prime Video boleh diakses di Malaysia tanpa sebarang masalah dengan akses mudah kepada banyak kandungan. Sama-sama kita nantikan kedatangan siri TV ini.


TIPS & ULASAN