Laurus Film Festival telah menganugerahkan Boboiboy Movie 2 dengan dua anugerah iaitu Poster Terbaik dan Video Acah Terbaik. Laurus Film Festival merupakan acara anugerah yang dianjurkan secara tahunan oleh Catharsis Film Company.

Pemenang untuk anugerah ini adalah dipilih oleh komuniti dalaman bagi anugerah ini. BoboiBoy Movie 2 telah mengalahkan filem Secret of the Flower and Willow World dari Australia dan Efface Derriere dari Brazil untuk kategori Poster.

Manakala untuk kategori video acah, mereka mengalahkan The Guilt dari India, War Brides of Japan: The Chase dari Amerika Syarikat dan I’ll Walk with God dari UK.

Tahniah kami ucapkan untuk Monsta atas kemenangan ini.

Sohor Kini