Deadline telah melaporkan yang Disney merancang untuk menerbitkan filem berdasarkan dunia Pirates of the Caribbean yang akan dibintangi oleh Margot Robbie dan ditulis Christina Hodson, iaitu gabungan sama untuk filem Birds of Prey.
Filem ini dikatakan adalah filem kendiri dan bukan filem sambungan ataupun filem sampingan. Ia juga filem berlainan dengan perancangan untuk menghasilkan semula filem Pirates of the Caribbean.
Filem lanun yang memfokuskan watak wanita adalah sesuatu yang menarik, tetapi buat masa ini masih tidak banyak yang dikongsi.