Selepas Tenet ditunda ke 12 Ogos, Disney pula mengumumkan yang Mulan ditunda dari 24 Julai ke 20 Ogos. Walaupun di Malaysia, pawagam mula dibuka pada 1 Julai, tetapi kebanyakan tempat di Amerika Syarikat dan China, pawagam menangguhkan pembukaan semula.

Dengan penundaan 2 filem ini, filem yang hadir pada bulan Julai ini telah berkurangan akan tetapi mungkin untuk mengisi kekosongan tersebut, GSC telah mengumumkan beberapa filem yang akan di-tayang semula.

Antara filem yang disertakan pada 1 Julai ini adalah Train to Busan (Extended Version), Bloodshot, Jumanji Welcome to the Jungle, Venom dan Spider-Man Homecoming.

Buat masa ini, jadual serta pawagam yang terlibat masih tidak diumumkan.

Sohor Kini