Informasi Permainan Video Terkini
Focus Home Mengambil Alih Deck 13 Pembangun Siri Permainan The Surge

Focus Home Mengambil Alih Deck 13 Pembangun Siri Permainan The Surge

Diterbitkan pada June 29, 2020 oleh .

Focus Home Interactive telah mengumumkan yang mereka mengambil-alih 100% pemilikan untuk studio pembangunan Deck 13 dengan kos sebanyak $7.9 juta (~RM33 juta).

Deck 13 merupakan pembangun untuk permainan The Surge dan The Surge 2 di mana kedua-duanya Focus Home Interactive adalah penerbit. Deck 13 mempunyai 60 pekerja dan telah membangun 20 permainan sepanjang 18 tahun yang lepas.

Pada Januari lepas, mereka baru sahaja melancarkan DLC untuk permainan The Surge 2 iaitu The Kraken.


TIPS & ULASAN