Informasi Permainan Video Terkini
Larian Studios Mengesahkan Divinity: Original Sin 2 Untuk iPad

Larian Studios Mengesahkan Divinity: Original Sin 2 Untuk iPad

Diterbitkan pada June 29, 2020 oleh .

Semasa persembahan keupayaan Xcode dan aplikasi Metal oleh Apple, Divinity: Original Sin 2 adalah antara permainan yang diperlihatkan dimainkan di iPad walaupun permainan tersebut tidak secara rasminya dikeluarkan untuk tablet oleh Apple tersebut.

Larian Studios akhirnya mengesahkan yang mereka sedang membangunkan versi iPad untuk permainan tersebut. Namun, apa yang diperlihatkan semasa acara WWDC adalah masih di peringkat awal dan tarikh pengeluaran adalah masih jauh.

Menurut Larian Studios lagi, mereka kini sedang memperbaiki antaramuka agar bersesuaian dengan input sentuhan, selain itu mereka juga akan menyertakan sokongan alat kawalan.

Divinity: Original Sin 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN