Informasi Permainan Video Terkini
Tencent Games Umum SYN – Permainan Penembak Dunia Terbuka Buat Konsol Dan PC
PC

Tencent Games Umum SYN – Permainan Penembak Dunia Terbuka Buat Konsol Dan PC

Diterbitkan pada June 28, 2020 oleh .

Selain daripada pengumuman permainan Metal Slug Code: J, ketika persidangan “Tencent Games Annual Conference” Tencent Games juga mengumumkan satu permainan baharu yang dibangunkan khas but konsol dan PC iaitu SYN.

SYN merupakan permainan penembak dunia terbuka di mana ia dibangunkan oleh pembangun Lightspeed And Quantum Studios di bawah Tencent Games.

Menurut mereka, permainan ini memfokuskan dunia terbuka cyberpunk dengan visual permainan yang menyerlah dengan dunia dan pengubah-suaian watak yang sangat mendalam. Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan haiwan peliharaan buat watak di mana setiap satunya juga turut boleh diubah suai bersama-sama dengan kenderaan.

Buat masa ini, bentuk permainan rasmi masih belum dipertontonkan, namun ia memperlihatkan visual grafik masa nyata yang sangat memberangsangkan melalui video acah di atas.

Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN