Informasi Permainan Video Terkini
Permua Metal Slug Code: J Diumumkan Buat iOS Dan Android – Dibangunkan Oleh TiMi Studios Dari Tencent

Permua Metal Slug Code: J Diumumkan Buat iOS Dan Android – Dibangunkan Oleh TiMi Studios Dari Tencent

Diterbitkan pada June 28, 2020 oleh .

Tencent Games minggu ini mengadakan satu persidangan khas “Tencent Games Annual Conference” di mana melaluinya mereka mengumumkan beberapa projek baharu yang bakal dilancarkan oleh mereka.

Antaranya adalah kerjasama bersama SNK iaitu buat siri Metal Slug, di mana mereka mengumumkan satu permua baharu Metal Slug Code: J (Bukan nama akhir) kini dalam pembangunan buat peranti iOS dan Android.

Menurut Tencent, permua tersebut dibangunkan oleh TiMi Studios dan ia akan menyertakan beberapa aspek bentuk permainan klasik siri metal Slug dan pada masa yang sama lebih mudah dan menarik untuk peminat lama dan baru.

Buat masa ini, permua Metal Slug ini masih belum mendapat sebarang tarikh rasmi pelancaran, namun kami percaya ia bakal tiba tidak lama lagi.

Selain daripada itu, Tencent Games juga mengumumkan permua Dungeon & Fighter yang mana ia dibangunkan oleh Neople Inc. Namun video acah permua ini tidak dikongsikan.


TIPS & ULASAN