Dengan pelancaran Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered yang semakin hampir, Square-Enix hari ini berkongsi satu video yang memperlihatkan dunia permainan tersebut dengan lebih terperinci termasuklah edisi percuma iaitu Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Lite.
Antara kandungan yang diperlihatkan adalah watak dan kaum yang pemian akan diberi pilihan pada permulaan permainan untuk bermain. Selain itu, pemain juga berupaya untuk mengubah-suai rupa pemain dari segi rambut, gaya muka, pakaian dan sebagainya. Video acah di atas juga memperlihatkan beberapa bentuk permainan, kemahiran dan juga pengembaraan yang akan pemain tempuhi.
Melalui versi pernambah-baikkan ini, Square-Enix juga menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti suara latar, peningkatan audio dan visual dan bentuk permainan multi-pemain dengan sokongan rentas-platform bersama-sama dengan fungsi sembang pantas, tahap kesukaran baharu, rekaan paparan antaramuka baharu dan juga kemaskini suara latar dan muzik.
Menariknya, Square-Enix juga umum Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Lite, iaitu edisi percuma ataupun demo buat permanian ini di mana pemain berupaya untuk bermain 3 “Dungeon” awal secara solo ataupun multi-pemain. Menariknya, jika pemain edisi berbayar mengadakan sesi multi-pemain, pemain edisi Lite juga turut boleh sertai sehingga 13 “Dungeon”. Segala kemajuan edisi Lite juga boleh di bawa ke versi berbayar jika pemain ingin membelinya.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition merupakan permainan pernambah-baikkan yang asalnya ia adalah permainan eksklusif yang dilancarkan di Nintendo GameCube pada 2004 lepas.
Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered akan dilancarkan pada 27 Ogos 2020 ini di konsol PlayStation 4, Switch dan juga versi permua di iOS dan Android. Edisi Lite juga turut akan tiba pada tarikh yang sama.