Informasi Permainan Video Terkini
Dying Light – DLC Hellraid Bakal Dilancarkan Bulan Hadapan
PC

Dying Light – DLC Hellraid Bakal Dilancarkan Bulan Hadapan

Diterbitkan pada June 27, 2020 oleh .

April lepas, Techland mengumumkan DLC baharu akan tiba buat permainan Dying Light iaitu Hellraid di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Terkini, DLC tersebut akhirnya mempunyai tarikh pelancaran rasmi di mana ia akan dilancarkan pada 23 Julai 2020 ini.

Melalui Dying Light Hellraid ini, pemain akan memasuki satu alam lain melalui mesin arked di mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh dengan senjata era kuno seperti pedang, kapak dan sebagainya. Selain itu, DLC ini juga turut akan menyertakan pelbagia ganjaran yang pemain boleh dapatkan dan tingkatkan peringkat “Hellraid” pemain.

Techland juga mengesahkan DLC ini turut akan menyokong mod koperasi sebanyak empat pemain serentak di mana seperti permainan penuh Dying Light, pemain boleh bekerjasama untuk menumpaskan sebilangan musuh.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang Julai ini di mana melalui Steam, ia hanyalah berharga RM30.50.


TIPS & ULASAN