Inti Creates sebelum ini menyatakan yang mana mereka kini mempunyai beberapa projek pembangunan permainan yang mereka terlibat dan tampaknya, salah satunya merupakan sekuel kepada siri Azure Striker Gunvolt di mana permainan ketiga buat siri tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi hari ini.
Menurut Inti Creates, Azure Striker Gunvolt 3 dibangunkan khas buat kosol Switch dan buat masa ini, pembangunannya masih lagi di peringat awal pembangunan.
Melalui pengumuman rasmi permainan ini, Keiji Inafune dari Comcept menyatakan yang mana beliau juga turut terlibat dengan pembangunan permainan ini sebagai penyelia aksi permainan tersebut.
Dengan pelancaran permainan ketiga siri ini, beliau juga mengumumkan watak baharu Kirin yang mempunyai kemahiran dan serangan menggunakan pedang. Beliau juga menyatakan watak Gunvolt juga akan kembali sebagai watak yang boleh dimainkan dengan pelbagai kemahiran dan kuasa baharu.
Buat masa ini, masih tiada tarikh pelancaran yang diumumkan. Namun bagi anda yang berminat dengan siri Azure Striker Gunvolt sebelum ini, beberapa tahun lepas, Inti Creates telah pun melancarkan koleksi permainan pertama Azure Striker Gunvolt dan Azure Striker Gunvolt 2 di konsol Switch di mana ia bolhe di beli melalui Nintendo eShop.