Awal minggu ini, Inti Creates dan Artplay mengumumkan permainan Bloodstained: Curse Of The Moon 2 akan dilancarkan di konsol dan PC dan kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh eplancarannya di mana ia akan tiba pada 10 Julai 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Bloodstained: Curse of the Moon merupakan permainan sampingan berdasarkan permainan Bloodstained: Ritual Of The Night di mana ia memfokuskan pemain untuk bermain sebagai watak Zangetsu.

Menariknya, sekuel permainan ini kini akan menyertakan beberapa watka baharu termasuklah watak daripada permainan sebelum ini seperti Miriam yang mana kini kembali sebagai salah seorang watak yang boleh dimainkan di dalam permainan ini.

Bloodstained: Curse of the Moon 2 akan dilancarkan pada Julai ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Sohor Kini