Seperti yang dijanjikan oleh Studio MDHR sebelum ini, video acah pertama untuk siri Netflix The Cuphead Show! akhirnya dipertontonkan secara rasmi oleh Netflix.

Berdasarkan video acah di atas, ia memperlihatkan beberapa adegan siri tersebut yang mana seperti permainan asalnya, ia mengekalkan bentuk dan rekaan animasi kartun klasik. Video acah tersebut juga memperlihatkan beberapa pelakon suara latar untuk watak Cuphead dan Mugman iaitu Tru Valentino dan Frank Todaro.

Buat masa ini, Netflix masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya.

Sohor Kini