Skip to main content

Moon Studio melalui perkongsian di akaun Twitter permainan Ori and the Will of the Wisps telah mengatakan yang terdapat lebih 2 juta pemain yang sudah bermain permainan tersebut. Jumlah ini adalah untuk kesemua platform ia dikeluarkan iaitu Xbox One dan PC.

Selain itu, ia juga berkongsi beberapa maklumat menarik yang lain seperti, pemain sudah menghabiskan 14.5 juta jam bermain dan pemain sudah mati sebanyak 240 juta kali. Daripada 2 juta, 423 ribu pemain telah menghabiskan keseluruhan permainan.

Bagi kami, Ori and the Will of the Wisps adalah antara permainan terbaik untuk tahun ini, di mana anda boleh membaca ulasan kami di pautan ini, dan pencapaian ini sudah semestinya berhak dan tidak mengejutkan.

Leave a Reply