Oasis Games mengumumkan permainan susulan One Punch Man: Road to Hero akan dikeluarkan pada 30 Jun ini untuk iOS dan juga Android. Pemain yang bermain permainan pertama, dikeluarkan pada tahun lepas, akan menerima pelbagai ganjaran di dalam permainan baharu ini.

Seperti permainan pertama ia masih lagi permainan gacha di mana anda boleh mengumpul pelbagai watak daripada siri One Punch Man. Terdapat dua mod utama di dalam permainan ini iaitu mod penceritaan di mana ia akan mengambil kejadian daripada musim pertama dan kedua untuk siri anime One Punch Man. Manakala mod kedua iaitu City Mode akan memberikan pelbagai cabaran harian untuk diselesaikan.

Sebagai permainan susulan, ia akan menyertakan pelbagai penambah-baikkan. Kami tidak pasti mengapa mereka mengeluarkan satu permainan baharu berbanding menggunakan permainan lama, sokongan permainan pertama juga tampaknya sudah dihentikan.

Permainan ini sudah dilancarkan secara beta tertutup dan anda boleh baca perkembangan terbaru mengenainya di laman Facebook rasmi.

Sohor Kini