Seperti yang dijanjikan oleh Giant Network sebelum ini, mereka kini akhirnya melancarkan permua Pascal’s Wager secara rasmi di peranti Android di mana ia boleh dibeli dengan harga tawaran khas RM16.99.
Menurut penerbit, tawaran ini juga turut akan menyertakan kandungan DLC kostum Heroic Herald buat Terrence secara percuma dengan setiap pembelian sebelum 9 Julai 2020.
Pascal’s Wager meletakkan pemain di bermain sebagai Terrence dalam dunia kegelapan yang mana pemain akan bertempur pelbagai jenis musuh raksasa dan gergasi. Melalui penceritaan awal permainan ini, dunia tersebut dilanda wabak penyakit dan Terrance percaya kehilangan isteri beliau adalah disebabkannya. Ini sekaligus, membuatkan pemain untuk mengembara mencari punca dan cuba menyelamatkan isteri beliau.
Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di iOS dan versi Android akhirnya tiba di mana bagi anda yang berminat, anda boleh ke Play Store untuk membelinya.