Setelah membuka pra-pendaftaran buat permua Romancing SaGa Re;univerSe pada bulan Mei lepas, Square-Enix hari ini akhirnya melancarkan secara rasmi permua tersebut secara global.

Permua ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun dan kini dengan tibanya di pasaran global di mana ia memperoleh lebih dari sejuta pra-pendaftaran sekaligus buat mereka yang memuat-turunnya, Square-Enix akan menyertakan pelbagai ganjaran seperti sejumlah 9,000 Jewel dan 40 Platinum Summon Tickets bersama-sama dengan 40 small Stamina Potions. Menariknya, Square-Enix juga sertakan watak khas Flurry dan Nora dari pada siri Romancing SaGa 3 secara percuma.

Bersempena dengan pelancaran ini, Square-Enix juga kongsi satu video khas ucapan daripada pembangun permainan ini yang pemain boleh tonton di atas. Melaluinya, beberapa orang penting yang terlibat dengan pembangunan permua ini iaitu Akitoshi Kawazu iaitu pengarah siri SaGa, Seizan Shimazaki iaitu penerbit kreatif dan pengarah teknikal bersama-sama dengan Masanori Ichikawa iaitu penerbit siri SaGa.

Selain daripada pelancaran permua ini, Square-Enix juga umum muzik latar rasmi permua ini juga turut boleh distrim melalui platform penstriman muzik seperti Spotify dan Apple Music.

Romancing SaGa Re;univerSe meletakkan 300 tahun selepas Romancing SaGa 3 di mana ia menyertakan penceritaan asli dengan beberapa watak yang kembali termasuklah watak baharu. Bagi anda yang berminat, permua ini boleh dimuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah.

Muat-Turun iOS: Romancing SaGa Re;univerSe

Muat-Turun Android: Romancing SaGa Re;univerSe

Sohor Kini