Pra-Pendaftaran Permainan MMORPG V4 Oleh Nexon Kini Bermula

Beberapa minggu lepas, Nexon mengumumkan permainan MMORPG baharu iaitu V4 akan tiba di PC dan peranti telefon pintar dan kini, pra-pendaftaran buat permua tersebut akhirnya dibuka secara rasmi.

Seperti yang kami laporkan, V4 merupakan permainan atas-talian MMORPG yang mempunyai visual yang tinggi melalui penggunaan enjin permainan Unreal Engine 4 dan ia akan menyertakan sokongan rentas-platform antara versi permua dan PC.

Melalui permainan ini, pemain akan mengembara di dalam dunia Syllunas di mana ia diancam oleh kuasa syaitan dan pemain perlu bertempur dengan mereka sebagai Alliance.

Dengan menyertakan bentuk dunia terbuka, V4 akan menyertakan 6 kelas watak pertempuran seperti Enchantress, Slayer dan Knight di mana setiap satunya mempunyai kemahiran berbeza. Pemain juga berupaya untuk bertempur dengan pemain lain melalui mod PvP. V4 juga turut akan sertakan lebih dari 50 tetapan pengubah-suaian watak dari segi senjata, kelengkapan dan keupayaan untuk berdagang sesama pemain.

Menurut Nexon, permainan ini akan dilancarkan secara global dan bagi anda yang berminat, pra-pendaftaran permainan ini boleh dilakukan di bawah.

Pra-Daftar: V4

Sohor Kini