TENET Ditunda Sekali Lagi – Kini Bulan Ogos

TENET adalah filem aksi pelik terbaru dari Christopher Nolan. Filem ini dilihat berlaku dalam keadaan yang terbalik, tetapi ia bukannya mesin masa. Ia juga dikatakan adalah seakan alternatif kepada Inception dan satu aksi lain daripada yang lain. Malah, kebanyakan adegan letupan dalam filem ini adalah praktikal dan bukannya digital.

Terkini, TENET dilaporkan tarikh tayangan akan ditunda sekali lagi. Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 17 Julai dan ditunda kepada 31 Julai. Tetapi terkini, ia ditunda sekali lagi ke 12 Ogos. Antara sebab kenapa ia ditunda adalah kerana isu pandemik Covid-19 ini. Mereka ingin siarkan di pawagam pada jangka masa yang lebih panjang dari biasa, dan merupakan strategi pemasaran baru bagi memastikan filem ini laku.

Disebabkan TENET ditunda, nampaknya filem Mulan mungkin akan menjadi filem pertama Blockbuster yang memasuki pawagam selepas pawagam dibuka nanti. Apa-apa pun, pawagam di Malaysia sudah pun dijadualkan untuk dibuka pada 1 Julai – sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini