Nexon hari ini mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan pelbagai kandungan baharu buat permainan Maple Story M yang dilancarkan beberapa tahun lepas di iOS dan Android.
Melalui kemaskini ini, Nexon mengumumkan yang mana mereka kini meningkatkan had peringkat watak pemain kepada 220 berbanding had maksimum sebelum ini iaitu 200. Sekaligus melalui fungsi ini, pemain akan diberi kemajuan baharu untuk diterokai seperti lokasi baharu, ketua musuh baharu dan juga beberapa pernaik-tarafan dan keseimbangan kelas watak.
Pada masa yang sama, Nexon juga umum acara khas kini berlangsung sehingga 2 Julai 2020 ini di mana pemain boleh dapatkan daun Lotus khas melalui acara Lotus Leave Collection Event. Selain itu, acara Surprise M Attenance Sheet Event juga diumumkan akan berlangsung pada 9 hingga 28 Julai ini bersama-sama dengan acara Mini Rock Paper Scissors yang akan berlangsung pada 16 hingga 29 Julai ini dengan pelbagai ganjaran barangan.
Maple Story M boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.