Semalam kami melaporkan yang bulan September ini Netflix bakal emnyiarkan satu filem sampingan Sherlock Holmes berjudul Enola Holmes. Ia adalah filem asli dari Netflix mengisahkan adik kepada Sherlock Holmes yang berdikari menyiasat misteri kehilangan ibu mereka. Tetapi, belum sempat lagi filem ini untuk disiarkan – Netflix telah disaman kerana dituduh melanggar hak cipta dari Conan Doyle Estate.

Conan Doyle Estate adalah syarikat mewakili keluarga pencipta Sherlock Holmes iaitu, Sir Arthur Conan Doyle. syarikat ini dicipta bagi menjaga nama dan hak Sir Arthur seperti kandungan-kandungan dari novel Sherlock Holmes dan juga penggunaan watak. Menurut Conan Doyle Estate, filem Enola Holmes melanggar hak cipta kepada 10 buku terakhir Sherlock Holmes. Mereka bukan sahaja menyaman kerana melanggar hak cipta tetapi turut kerana menggunakan tanda dagang mereka tanpa kebenaran. Selain Netflix, Legendary Pictures, Penguin Random House, penulis novel Enola Holmes (Nancy Springer) dan beberapa lagi turut disaman.

Alasan mereka kerana menyaman Netflix dan lain-lain adalah kerana mereka memberi personaliti baharu kepada watak Sherlock Holmes. Hanya kandungan Sherlock Holmes sebelum tahun 1923 dan elemen asal Sherlock Holmes sahaja yang boleh digunakan secara terbuka.

Ini sebenarnya adalah perkara kecil sahaja, sebelum ini mereka turut pernah lakukan perkara yang sama tanpa sebab munasabah. Harapnya tiada isu besar dan Netflix akan berjaya siarkan filem ini seperti yang dijadualkan.

Sohor Kini