Jika PS Store memulakan jualan promosi pertengahan tahun, kini Steam pula mengumumkan jualan promosi mereka yang tersendiri iaitu bersempena dengan musim panas. Ia berlangsung bermula sekarang sehingga 9 Julai.
Menariknya, setiap RM 1 pembelian anda akan mendapat 23 mata, dan mata tersebut boleh ditukar untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti hiasan latar belakang, pelekat, emoticon dan juga bingkai untuk avatar. Anda juga boleh mendapat RM10 tambahan diskaun untuk setiap pembelian dengan harga RM60.
Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;
- Grand Theft Auto V – RM59.50
- Football Manager 2020 – RM69.50
- PUBG – RM37.49
- Stardew Valley – RM18.60
- DOOM Eternal – RM118.49
- The Witcher 3: Wild Hunt GOTY – RM38.70
- Borderlands 3 – RM89.50
- Overcooked! 2 – RM26.40
- Ori and the Will of the Wisps – RM40.80
- A Plague Tale Innocence – RM37.06
Terdapat banyak lagi permainan lain yang ditawarkan dengan lebih murah, jangan terlepas peluang untuk memeriksa senarai hajat anda.
[info]Steam: Jualan Promosi Musim Panas[/info]