Selain memperlihatkan video acah baharu ketika Night City Wire, CD Projekt Red juga mengumumkan yang Cybepunk 2077 akan menerima siri anime tersendiri iaitu Cyberpunk: Edgerunners.

Ia akan berlaku di dalam dunia yang sama dengan permainan akan tetapi akan memfokuskan kepada penceritaan dan juga watak berlainan. Ia akan dibangunkan oleh Studio Trigger yang terkenal dengan siri anime Kill La Kill dan Little Witch Academia.

Ia akan dikeluarkan di Netflix pada tahun 2022.

Sohor Kini