Ketika acara Night City Wire yang pertama, CD Projekt Red telah berkongsi lanjut mengenai Cyberpunk 2077 di mana mereka berkongsi satu video acah dan juga satu video bentuk permainan yang memfokuskan kepada mod Braindance.

Video acah yang baharu boleh ditonton di bawah.

Di dalam video acah tersebut ia memperlihatkan bahagian awal permainan di mana pemain bersama dengan Jackie cuba mendapatkan satu chip. Ia boleh dikatakan memperlihatkan kejadian sebelum video acah sebelum ini.

Selain itu, video acah ini juga memperlihatkan kawasan di luar banda Night City iaitu kawasan yang digelar sebagai The Badlans, di mana terdapat pelbagai adegan menarik yang boleh dijumpai oleh pemain.

Watak-watak menarik yang diperlihatkan adalah Atom Smasher iaitu watak yang akan dikenali oleh pemain yang mengetahui mengenai kisah Cyberpunk. Ia juga memperlihatkan Ripper Docs, iaitu doktor yang bertanggungjawab melakukan perubahan kepada badan manusia pada zama ini.

Menariknya, terdapat beberapa watak yang merupakan Ripper Docs dan antaranya juga adalah watak yang penting untuk penceritaan.

CD Projekt Red juga memperlihatkan bentuk permainan baharu iaitu Braindance. Ia merupakan rakaman daripada watak lain di mana pemain boleh memasukinya dan mengalaminya sendiri.

Pemain boleh merasa semua yang watak tersebut rasa seperti penglihatan, bau dan juga bunyi. Di dalam mod analysis, pemain boleh menyiasat rakaman tersebut untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

Menurut CPDR, selain sekadar petunjuk untuk sesuatu, ia juga boleh digunakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian tertentu dan akan memberi penceritaan tambahan kepada pemain.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dinaik taraf secara percuma kepada PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Sohor Kini