Skip to main content

Seperti biasa, Epic Games Store akhirnya menawarkan permainan baharu sebagai permainan percuma mingguan mereka. Bagi minggu ini, ia adalah AER Memories of Old dan Stranger Things 3: The Game.

AER Memories of Old adalah permainan pengembaraan di mana anda boleh bertukar menjadi burung. Ia dibangunkan oleh Forgotten Key dan diterbitkan oleh Daedalic Entertainment. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Stranger Things 3: The Game pula adalah permainan aksi berdasarkan musim ke-3 untuk Stranger Things di mana anda boleh melalui kejadian di dalam siri Netflix dan juga menjumpai adegan-adegan baharu. Ia dibangunkan oleh BonusXP dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga iOS serta Android.

Kedua-dua permainan ini boleh ditebus sehingga 2 Julai, sebelum digantikan dengan Conan Exiles dan Hue.

[download]Epic Games Store: AER Memories of Old[/download] [download]Epic Games Store: Stranger Things 3: The Game[/download]

Leave a Reply