Seperti diumumkan sebelum ini, Hitman 3 akan dikeluarkan pada Januari 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan PC. Ia adalah permainan terakhir untuk siri trilogi.
Melalui perkongsian bulanan oleh IO Interactive, mereka telah berkongsi lanjut mengenai Hitman 3, berikut adalah antara yang diumumkan;
Kesemua lokasi dari Hitman dan Hitman 2 disertakan di dalam Hitman 3 jika pemain memilikinya, ia sepenuhnya boleh dimainkan.
Kemajuan daripada Hitman 2 juga boleh dibawa ke Hitman 3 jika pemain tidak ingin mengulangi sesi permainan.
Hitman 3 akan dibangunkan serta diterbitkan sepenuhnya oleh IO Interactive berbeza dengan dua permainan sebelum ini yang diterbitkan oleh Warner Bros.
Semasa pelancaran, ia akan menyertakan 6 lokasi di mana lokasi pertama adalah Dubai.
Antara watak utama yang akan hadir di dalam permainan ini adalah Olivia Hall, Lucas Grey, Diana Burnwood, The Constant dan sudah semestinya Agent 47.
Selain daripada adegan, penceritaan juga dikongsi dengan meneroka kawasan di dalam permainan.
Versi di konsol generasi baharu akan menyertakan pelbagai kelebihan dari segi kelancaran dan juga grafik.
Maklumat lanjut mengenai Hitman 3 akan dikongsi dari semasa ke semasa, termasuk juga tarik pra-tempah di buka. Anda boleh layari laman Hitman.com untuk mendapat maklumat terbaru, dan kami juga semestinya akan kongsinya di Aksiz.