Hulu adalah platform penstriman video juga, yang mana kini adalah milik Disney. Hulu juga seperti Netflix sebelum ini, yang mana mereka turut mempunyai lesen untuk menghasilkan siri TV Marvel. Salah satu daripadanya adalah siri Runaway. Terkini, Hulu bakal hadir dengan siri TV Marvel memfokuskan watak Helstrom pula.

Baru-baru ini Hulu secara rasminya telah memperlihatkan logo bagi siri TV ini. Menariknya, logo ini langsung tidak memaparkan jenama Marvel. Menurut beberapa laporan, ia adalah bagi mengelakkan penonton keliru dengan dunia siri TV Marvel yang bakal tiba di Disney+ akan datang. Helstrom ini akan disiarkan pada bulan Oktober kelak, kerana tema siri TV bersesuaian dengan Halloween dan Hulu turut mempunyai acara khas yang digelar – Huluween.

Helstrom adalah anak kepada Setan dan manusia bernama Victoria. Beliau turut dikenali sebagai Son of Satan dan Helstrom adalah nama popular beliau. Helstrom turut mempunyai adik perempuan Ana, yang mana dalam dunia komik dikenali sebagai Satana. Untuk siri TV ini, Tom Austen dan Sydnet Lemmon akan membawa watak Daimon Helstrom dan Ana Helstrom. Ia mengisahkan anak setan yang memburu manusia yang teruk perangainya.

Sohor Kini