Skip to main content

Filem Scream adalah antara filem seram terbaik Amerika Syarikat. Ia mengubah persepsi penonton dari perkara yang klise dan berubah menjadi berbeza dari apa yang dijangka. Populariti filem ini menjadikannya sebagai satu francais yang berjaya dan turut mempunyai adaptasi sekuel siri TV di Netflix.

Terkini, Variety melaporkan yang Scream akan kembali untuk filem ke lima dan watak Dewey akan kembali. Filem baru ini akan dihasilkan oleh Spyglass dan diedarkan oleh Paramount. Scream 5 disasarkan untuk ditayangkan pada tahun 2021 dan selain Dewey, watak Sidney Prescott turut akan kembali. Butiran lanjut mengenai filem ini masih menjadi misteri dan pelakon lain juga masih tidak diketahui lagi. Apa-apa pun, agak menarik untuk lihat filem Scream kembali selepas bertahun lamanya tiada kesinambungan.

Leave a Reply