Melalui akaun Twitter rasmi Ashraf Ismail, beliau menyatakan yang mana beliau akan menarik diri sebagai pengarah kreatif buat permainan akan datang Assassin’s Creed Valhalla.

Ashraf Ismail sebelum ini terlibat dengan pembangunan beberapa siri Assassin’s Creed termasuklah Assassin’s Creed Origins yang dilancarkan pada 2017 lepas dan kini atas sebab beberapa dakwaan beliau terlibat dengan salah laku seksual, beliau mengambil keputusan untuk menarik diri dari pembangunan permainan tersebut.

Buat masa ini, Ubisoft tidak berkongsi sebarang kemaskini berkenaan siapa akan menggantikan beliau dan sebarang informasi lanjut lain. Kami di Aksiz akan mengemaskini jika terdapat sebarang berita berkenaannya.

Assassin’s Creed Valhalla akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One PC dan Stadia bersama-sama di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X menjelang penghujung tahun ini.

Sohor Kini