Christopher Nolan merupakan pengarah yang boleh dikatakan mempunyai visi yang luas, tetapi sesuatu yang beliau sangat konservatif adalah cara filem disampaikan, di mana beliau merasakan pawagam adalah tempat terbaik dan tidak menyukai platform seperti Netflix.

Namun, sesuatu yang aneh, mungkin kerana ‘arahan’ oleh syarikat penerbitan, beliau sering bekerjasama dengan Fortnite, satu medium sangat berlainan jika ingin dibandingkan dengan pawagam. Sebelum ini, video acah Tenet iaitu filem terbaru beliau diperlihatkan terlebih dahulu di dalam permainan pertempuran royal tersebut.

Kali ini, sekali lagi melakukan kerjasama bersama dengan Fortnite, sesi tayangan filem beliau akan berlangsung pada 8 malam, 26 Jun iaitu hari Jumaat minggu ini. Bergantung kepada negara pemain, ia akan melakukan tayangan untuk filem Inception, Batman Begins ataupun The Prestige. Ketiga-tiga filem arahan beliau. Di Malaysia, filem Inception akan ditayangkan.

Jadi, jika anda ingin menonton filem Inception bersama dengan pemain-pemain Fortnite lain, masuklah ke dalam permainan tersebut pada waktu di atas.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan peranti pintar.

Sohor Kini