Pokemon Company hari ini mengumumkan permainan terbaru berdasarkan siri popular mereka iaitu Pokemon Unite yang merupakan permainan pertempuran berkumpulan 5 lawan 5, atau dengan lebih ringkas lagi MOBA.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=dgWeEGBbJDQ

Berdasarkan apa yang diperlihatkan, ia mengambil inspirasi daripada MOBA namun berbanding menghancurkan kawasan lawan, ia memfokuskan kepada mengumpul markah. Pemain dengan markah yang lebih banyak dalam masa yang tertentu akan menang.

Pokemon yang digunakan oleh pemain juga boleh ditingkatkan tahap termasuk juga Evolve dengan melawan Pokemon liar yang terdapat di serata peta.

Permainan ini dibangunkan oleh Pokemon Company bersama dengan studio TiMi iaitu studio pembangun di bawah Tencent. Ia sedang dibangunkan untuk Switch dan telefon pintar iaitu iOS serta Android sebagai permainan percuma untuk dimulakan. Ia juga akan menyokong fungsi rentas platform.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih tidak diumumkan.

Sohor Kini