Pada akhir tahun lepas, filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna telah disahkan akan ditayangkan di Malaysia, akan tetapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, pawagam telah ditutup buat sementara waktu dan kita tidak menerima sebarang tarikh pengeluaran untuk filem tersebut.

GSC hari ini mengumumkan yang filem tersebut akan ditayangkan pada 1 Julai kelak, iaitu hari pertama pawagam dibenarkan untuk dibuka.

Filem ini diarah oleh Tomohisa Taguchi dan diterbitkan oleh Toei Animation. Bagi penceritaan, ia berlaku 5 tahun selepas kejadian di dalam siri filem Digimon Adventure tri.

Ia akan hadir secara eksklusif untuk pawagam GSC yang terpilih, jualan tiket akan dibuka tidak lama lagi.

Sohor Kini