Skip to main content

Awal bulan ini, Electronic Arts (EA) melancarkan semula salah satu permainan yang mempunyai kenangan ramai pada tahun 1995 lepas sebagai permainan pernambah-baikkan iaitu Command & Conquer: Remastered Collection.

Sebelum permainan tersebut dilancarkan, kami berpeluang untuk bercakap dengan orang penting di Lemon Sky Studios, di mana mereka merupakan salah satu studio pembangun permainan yang terlibat dengan pembangunan permainan ini. Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Lemon Sky Studios iaitu syarikat tempatan merupakan studio yang melakukan keseluruhan olahan semula visual permainan tersebut. Berikut adalah sebahagian sesi temu bual bersama mereka.

Seperti yang anda lihat di video di atas, penglibatan Lemon Sky Studios buat pembangunan permainan ini adalah dari awal di mana segala rekaan konsep dan juga model unit dan struktur permainan ini dihasilkan oleh mereka.

Video di atas juga turut memperlihatkan beberapa aspek pembangunan lain seperti rekaan konsep dan pada masa yang sama Kevin Lai berkongsi bagaimana mereka menghasilkan dan mengkaji rekaan asal permainan untuk diolah semula dengan rekaan dan visual baharu.

Apa yang menariknya, seperti Kevin Lai menyatakan di atas, rekaan struktur bangunan seperti pangkalan yang terdapat di dalam permainan, dihasilkan semula dengan terperinci. Contohnya jika terdapat tangga di sebuah bangunan tersebut, mereka akan menghasilkan semula dengan mengkaji latar belakang unit tersebut termasuklah menonton semula adegan sinematik yang terdapat di alam permainan ini.

Dari segi penglibatan pembangun, menurut Kevin Lai terdapat sekitar 40 pembangun yang terlibat dengan keseluruhan projek ini.

Kesan PKP Ketika Pembangunan

Dari segi aspek pembangunan ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ken Foong menyatakan yang mana mereka sudah bersedia sebelum perdana menteri mengumumkannya Mac lepas dan segala proses yang berlaku adalah sangat mudah. Tambah itu, mereka juga menyatakan keseluruhan penglibatan mereka bersama EA dan Petroglpyh Games juga turut dilakukan secara atas-talian, sekaligus pembangunan permainan ini tidak langsung terkesan.

Menurut Ken Foong lagi, beliau juga amat berbangga dengan pasukan pembangun yang terdapat di syarikat mereka atas kerjasama dan keseluruhan proses transaksi antara bekerja di ofis dan ke rumah yang dilakukan sepanjang PKP tersebut. Ken Foong juga menyatakan Kevin Lai juga banyak mengurus pasukan beliau untuk proses akhir pembangunan permainan ini dan melakukan kerja yang sangat baik.

Bukan Sekadar Pembangun, Namun Adalah Peminat Siri Command & Conquer

Seperti yang anda tonton di video di atas, Cheng Fei Wong menyatakan yang mana mereka juga merupakan peminat siri Command & Conquer dan penglibatan mereka dengan pembangunan permainan ini semestinya adalah satu mimpi jadi kenyataan buat mereka.

Tambahan itu, mereka juga menyatakan yang mana pembangunan permainan ini sememangnya merupakan projek yang mereka sangat bersemangat untuk terlibat dan mereka berharap agar peminat menikmati permainan ini dan pada masa yang sama mengembalikan zaman kegemilangan permainan bergenre “Real Time Strategy” (RTS) Strategi Masa-Nyata pada tahun 2020 ini.

Command & Conquer: Remastered Collection telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan Origin di mana kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya melalui pautan di bawah.

[info] Ulasan Command & Conquer: Remastered Collection – Permainan Pernambah-Baikkan Yang Kekal Asli Oleh EA [/info]

Leave a Reply