Paradox Interactive dan Double Eleven minggu ini melancarkan penambahan terbaru untuk permainan simulasi pengurusan penjara mereka Prison Architect.

Penambahan berjudul Island Bound ini boleh didapati dengan harga RM23.50 di Steam, manakala di platform lain dengan harga $9.99 (RM42) tetapi buat masa ini ia masih tidak disenaraikan.

Video pengumuman untuk penambahan ini boleh ditonton di bawah.

Melalui penambahan ini, pemain kini boleh membina penjara di pulau khusus untuk penjenayah-penjenayah yang lebih berbahaya. Pengurusan akan menjadi lebih sukar ataupun menarik berbanding penjara di kawasan biasa.

Prison Architect sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini