Ketika acara New Game+ Expo semalam, NIS America akhirnya mengumumkan permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel IV akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada 27 Oktober 2020 ini.
Melalui acara tersebut, NIS America juga mengumumkan versi Switch PC juga akan dilancarkan sekitar tahun 2021 kelak.
Seperti yang kami laporkan, permainan ini merupakan sekuel terus daripada The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III yang baru sahaja dilancarkan di PC dan tahun lepas di PlayStation 4.
The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel IV akan memfokuskan penceritaan sambungan daripada permainan ketiga di mana sekali lagi memfokuskan pelajar dari Class VII untuk bekerjasama bertempur dengan musuh untuk menyelamatkan dunia tersebut.
Bagi anda yang berminat, pastikan anda dapatkannya menjelang Oktober ini.