Ketika acara New Game+ Expo semalam, Spike Chunsoft akhirnya memperlihatkan permainan seterusnya berdasarkan siri anime Re:Zero iaitu Re:ZERO: The Prophecy Of The Throne secara rasmi.
Re:ZERO: The Prophecy Of The Throne merupakan permainan visual novel di mana ia dijadualkan untuk tiba di konsol PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam secara global sekitar penghujung tahun ini.
Melalui video acah di atas, ia memperlihatkan barisan watak-watak yang akan tiba termasuklah watak baharu iaitu Melty yang dihasilkan oleh Shinichirou Otsuka. Selain daripada penceritaan baharu yang diselia oleh Tappei Nagatsuki sendiri, permainan ini juga akan memfokuskan pengembaraan seterusnya buat watak Subaru bersama Emilia sebulan selepas Subaru bermula hidup di dalam dunia tersebut.
Spike Chunsoft juga mengumumkan beberapa edisi terhad permainan tersebut yang mana turut akan tiba pada penghujung tahun ini setelah ia dilancarkan kelak.