Ketika acara New Game+ Expo semalam, Atlus memperlihatkan video baharu buat permainan Catherine: Full Body buat konsol Switch di mana ia dijadualkan untuk tiba dilancarkan pada 7 Julai 2020 ini.
Permainan ini merupakan versi pernambah-baikkan dengan kandungan tambahan daripada versi asalnya yang dilancarkan di konsol PlayStation 3 beberapa tahun lepas. Catherine: Full Body sebelum ini juga telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan kami telah pun membuat ulasan buat permainan tersebut.
Melalui video acah di atas, Atlus memperlihatkan bentuk permainan di samping mengumumkan buat mereka yang membuat pra-tempahan awal permainan tersebut, mereka akan menerima rantai kekunci kambing biri-biri khas.
Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang Julai ini.