Skip to main content

Lucifer adalah siri TV mengisahkan iblis yang tiba ke bumi dan menyamar jadi manusia bagi mengelakkan diri dari bapa beliau (tuhan, kononnya). Ia adalah siri TV daripada Fox, tetapi selepas musim ketiga Fox membuat cadangan untuk menghentikan siri TV ini kerana sambutan yang kurang memberangsangkan. Siri TV ini juga tidak sesuai untuk ramai orang, kerana ia mengandungi kandungan yang sensitif dari segi agama.

Netflix kemudian mengambil alih siri TV ini dan menyiarkannya di platform penstriman video mereka. Selepas tamat musim keempat, ramai yang tidak sabar untuk nantikan penamatnya. Siri TV ini akan diteruskan dengan musim kelima seperti yang sudah sedia lama Netflix acah pada platform mereka. Akhirnya, tarikh siaran diumumkan oleh Netflix – musim kelima dan terakhir boleh mula distrim pada 21 Ogos ini. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply