20 tahun lepas, filem animasi Chicken Run telah memasuki pawagam. Filem ini adalah filem animasi henti-gerak dengan kutipan tertinggi dan turut pernah tercalon dalam anugerah Oscar “Best Animated Feature” pada tahun 2000. Siapa ingat dengan filem ini? Saya masih ingat lagi, ia memang filem yang menarik sewaktu zaman dahulu. Saya pernah ingat yang saya tonton filem ini berulang-ulang kali.

Nampaknya, peluang ini akan tiba sekali lagi. Ini kerana Netflix bakal tiba dengan sekuel bagi filem animasi henti-gerak ini. Studiocanal, iaitu mereka yang bertanggungjawab dalam bahagian kewangan, pengedaran filem Shaun the Sheep Movie telah berurusan dengan Aardman Animation Studio – iaitu studio yang menghasilkan Chicken Run dan Shaun The Sheep Movie untuk memberi hak kepada Netflix.

Skrip bagi filem ini sudah pun dihasilkan sejak bertahun lamanya dan mereka sudah pun mempunyai jalan cerita yang menarik dan lucu. Filem ini dikatakan akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan. Sekuel bagi Chicken Run ini dikatakan akan memfokuskan kepada watak Ginger yang sudah bebas dari manusia. Ginger dan Rocky kini mempunyai anak bernama Molly dan mereka perlu melindungi Molly dari ancaman yang bakal tiba.

Sohor Kini