D3 Publisher hari ini mengumumkan permainan seterusnya untuk siri Earth Defense Force iaitu Earth Defense Force 6 akan dilancarkan tahun hadapan. Dari segi platform, ia masih belum diumumkan namun kami percaya ia akan tiba di konsol PlayStation memandangkan siri tersebut sangat terkenal di konsol tersebut.

Melalui laman rasmi permainan tersebut, ia kelihatan akan menyertakan visual permainan baharu dan sekali lagi pemain akan bertempur dengan musuh serangga besar seperti siri sebelum ini.

Kami sebelum ini telah pun mengulas dua permainan berdasarkan siri ini iaitu Earth Defense Force 5 dan Earth Defense Force: Iron Rain. Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini