Kemaskini 24 Jun 2020: Pihak UIP telah mengesahkan yang filem ini turut tidak akan ditayangkan di Malaysia. Apabila ditanya platform mana atau bagaimana ingin tonton filem ini, mereka masih tiada jawapan lagi. Ini kerana filem SpongBob yang boleh ditonton di platform penstriman video premium terhad di beberapa negara terpilih sahaja.

The SpongeBob Movie: Sponge on the Run adalah filem baharu Spongebob yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada bulan Mei lepas. Namun disebabkan koronavirus Covid-19, filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 31 Julai pula. Tetapi penantian filem ini masih lama lagi dan peminat Spongebob pasti tidak sabar untuk menontonnya.

Filem ini akan disiarkan pada platform penstriman video premium, iaitu platform di mana anda perlu membeli atau menyewa. Walau bagaimanapun, tarikh untuk siaran pada platform penstriman ini masih belum diketahui lagi. Apa yang pasti adalah, pada awal tahun 2021 – ia akan disiarkan secara percuma pada CBS All Access – iaitu platform penstriman video di bawah ViacomCBS. Platform ini adalah antara platform yang mempunyai hak eksklusif untuk menyiarkan semua musim Spongebob dan melalui filem ini, ia akan melengkapkan koleksi kandungan SpongeBob. Satu lagi adalah kerana, platform ini akan melalui proses penjenamaan semula – kandungan SpongeBob ini adalah salah satu kandungan bagi menyambut jenama baru ini.

Filem The SpongeBob Movie: Sponge on the Run adalah filem ketiga SpongeBob selepas The SpongeBob SquarePants Movie (2004) dan The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water (2015). Filem ini akan mengisahkan pengembaraan SpongeBob dan Patrick ke Lost City of Atlantic City bagi menyelamatkan Gary.

Sohor Kini