Dapatkan Pelitup Muka Untuk Borderlands 3 Dengan Menderma

Gearbox Software hari ini mengumumkan kerjasama bersama dengan organisasi Direct Relief untuk membekalkan personal protective equipment kepada petugas barisan depan untuk pandemik Covid-19 dengan melancarkan kempen khusus untuk pemain Borderlands 3.

Melalui kempen ini, pemain boleh memberi derma sekurang-kurangnya $5 (~RM21) di laman GearboxLoot dan mereka akan diberikan SHiFT Code yang memberikan pelitup muka khas untuk dipakai oleh watak mereka di dalam Borderlands 3.

Setiap sumbangan daripada pemain tersebut akan diberikan terus kepada Direct Relief untuk digunakan bagi tujuan kami nyatakan di atas.

Borderlands 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini