Skip to main content

Selepas kejayaan pelancaran permainan Animal Crossing: New Horizons Mac lepas di konsol Switch, Nintendo tampaknya akan mengurangkan fokus pembangunan permua (Permainan mudah-alih) di peranti telefon pintar.

Berdasarkan laporan, pelancaran permua oleh Nintendo tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain berbanding permua lain di mana berdasarkan imej di atas, 3 daripada 4 permua yang dilancarkan mereka mendapat sambutan yang negatif berbanding permua lain ketika sepanjang perintah kawalan pergerakan antar abulan Februari dan Mei.

Tambahan itu, permainan Animal Crossing New Horizons yang dilancarkan di konsol Switch mendapat sambutan yang sangat baik termasuklah jualan konsol Switch yang menjadi rebutan ramai pelanggan.

Shuntara Furukawa iaitu president Nintendo menyatakan yang mana mereka akan memfokuskan permua sedia ada yang sudah dilancarkan dan akan terus mengembangkan lagi judul permainan yang dimiliki oleh mereka.

Dengan ini, kita mungkin tidak lagi akan mendapat permua-permua berdasarkan siri permainan oleh Nintendo di mana antara permua yang sudah dilancarkan adalah permua seperti Super Mario Run, Fire Emblem Heroes dan Mario Kart Tour di iOS dan juga Android.

Leave a Reply