Pasukan Dota 2 Evil Geniuses hari ini mengumumkan berkuat-kuasa serta merta, mereka melepaskan Grant Harris ataupun GranDgranT selepas dia dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang peminat dengan akaun Twitter @cofactorstrudel.
Melalui Twitter, beliau mengatakan yang ia berlaku di acara The International 2017 di mana, Grant Harris yang dikatakan mabuk telah mengatakan perkataan kesat dan memegang tangan dengan paksa.
Manakala Grant Harris melalui akaun Twitter dia sendiri telah meminta maaf atas kejadian tersebut dan telah mengambil keputusan untuk berhenti buat sementara waktu dan mungkin secara selamanya daripada scene Dota 2 dan berharap ia akan menjadi satu scene yang lebih baik.
Grant Harris merupakan strimer dan pengulas di bawah Evil Geniuses.