Skip to main content

Ketua Studio Ready at Dawn Ru Weerasuriya mengumumkan yang studio mereka kini sebahagian daripada keluarga Facebook. Namun, maklumat lanjut mengenai pengambil alihan tersebut tidak diumumkan.

Ready at Dawn merupakan studio pembangunan yang ditubuhkan oleh bekas-bekas pembangun Naughty Dog dan mereka banyak terlibat dengan pembangun permainan untuk Sony. Antaranya adalah God of War: Chains of Olympus, God War: Ghost of Sparta dan The Order: 1886.

Namun, projek terbaru mereka adalah bersama dengan Oculus Studios iaitu juga syarikat di bawah Facebook untuk membangunkan permainan realiti maya Lone Echo yang dikeluarkan pada tahun 2017. Permainan susulan untuknya iaitu Lone Echo 2 akan dikeluarkan sekitar tahun ini.

Dengan pengambil-alihan ini, boleh dikatakan yang Ready at Dawn akan memfokuskan pembangunan permainan berasaskan realiti maya selepas ini.

Leave a Reply