Seperti yang tertiris sebelum ini, hari ini ketika acara Summer Game Fest, Toys For Bob dan Activision akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan baharu Crash Bandicoot 4: It’s About Time. Permainan ini akan tiba 2 Oktober 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Menurut mereka, permainan ini adalah permainan baharu dengan bentuk dan visual permainan baharu di mana ia adalah sekuel terus daripada permainan trilogi asal dan permainan pernambah-baikkan Crash Bandicoot: N.Sane Trilogy.

Melalui sekuel permainan ini, ia akan menyertakan pelbagai lokasi baharu dan juga kuasa baharu buat watak Crash dan Coco di mana pemain akan menemui satu topeng khas Quantum Mask di mana ia akan memberi kemahiran buat pemain.

Selain itu, permainan ini juga sekali lagi menyertakan pelbagai ketua musuh yang akan pemain temui dan juga bentuk permainan platform yang menarik khas untuk peminat siri Crash Bandicoot.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Oktober ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini