Skip to main content

Permainan Cyberpunk 2077 telah ditunda ke bulan November, namun bagi anda yang tidak sabar untuk mengetahui lanjut mengenai penceritaan, CD Projekt Red bersama dengan Dark Horse telah mengumumkan komik berdasarkan permainan tersebut.

Cyberpunk 2077: Trauma Team akan memfokuskan watak Nadia iaitu pembantu EMT untuk satu syarikat Trauma Team International iaitu pasukan perubatan swasta.

Ia akan ditulis oleh Cullen Bunn (Harrow County, Uncanny X-Men) dan dilukis oleh Miguel Valderrama (Giants!).

Secara keseluruhan akan terdapat 4 jilid untuk komik ini, di mana jilid pertama akan dikeluarkan pada bulan September ini, iaitu bulan yang sama Cyberpunk 2077 sepatutnya dikeluarkan.

Leave a Reply